Wednesday, June 16, 2010

Tirai Rejab Dibuka

salam! Semalam, aku terpaku di satu penjuru dunia sambil mataku memandang di ufuk langit. Bulan menjadi runcing tatkala mataku memandang tajam ke arahnya, Angkasa tinggi begitu kemilau sekali. Aku tenung lama-lama pada bulan yang menyabit. Sabitnya bulan itu seakan-akan tertegaknya syiar Allah tanpa perlu disokong oleh kubah-kubah yang besar dan gah. Dikala itu,bulan masih di kaki. Cerah menyirna bagai hendak mengkhabarkan sesuatu kepada isi alam ini. Aku terus terpaku melihat bulan yang masih kaku. Sehingga selangkah demi langkah aku tinggalkan lalu pulang ke rumah.

Sampai saja di rumah, aku letih sangat. Entah! Mungkin beban tugas pada tempoh kesiangan tadi meninggalkan bekasnya. Seperti biasa, aku akan melihat kalendar untuk merancang hari-hari mendatngku. Tanggal 16 Jun 2010 merupakan kotak pertama yang akan kutenung. Kerana hari esok bakal bermula dengan panggilan angka ini. Namun, di satu sudut kecil kotak hari, mataku melirik pada satu angka lain, tarikh lain, bulan lain.

Rupa-rupanya, itulah haribulan dalam kalendar hijri yang jarang sekali kita guna pakaikan pada hari-hari yang meniti sirah hidup kita. Angka 1 rejab 1431 begitu sedap aku sebut. Sebutan itu berkali-kali terlirik di lidah. Barulah aku tahu, khabar apa yang ingin disampaikan oleh bulan sewaktu dalam perjalanan untuk pulang tadi. Tatkala waktu masihi masih berada ditengah, umat islam bakal melangkah ke lembaran baru. bulan Rejap yang penuh rahmat. Bulan rejab bulan Allah s.w.t. Bulan rejab jugalah menjadi gerbang bagi kita melangkah ke bulan agung Ramadan dua bulan dari sekarang

Jalanilah rejabmu dengan penuh limpahan rahmat dan makrifat

salam

Yazie Ramli Al-Hasyemi

1 comment:

  1. salam yazi, ni din nuklear-penang-ukm ni.ang watpa la ni? sms ak k , no ang hilang mana tah. 0132819060 . fre2 mai umah ak kt kajang nih

    ReplyDelete