Thursday, November 13, 2008

ASSALAMUALAIKUM

Haiiii... Dah lame nampak nyer saya tak usik blog ni. maklum lah! sibuk ngan belajar. saudara semua ape khabar? sihaaatt!

iskkkk.. Nak dekat setahun jugak yer saya tak antar ape-ape posting pon.
hmmmm... apa yg saya nak kongsi ari ni yek!
Haaa. saya nak sentuh sikit berkenaan keadaan semasa yang berlaku dalam negara kita. yang luar tu tak nak lagi lah. kang melalut plak saya niH!

Bulan Mac 2008, kite dah saksikan satu reformasi baru dalam sejarah politik negara kita. benteng yang selama ini diingat kukuh, rupe2 nyer pecah gak. kerajaan BN hilang 5 negeri dan satu wilayah. dasat tuh!!

Maka, kita mula dengar laungan yang berbunyi 'kemenangan rakyat' semakin bertambah nyaring. jadi, pada yg menang tuh diucapkan tahniah lah. pada yang kalah tu, cube2 lah baiki diri dan muhasabah selalu agar memperoleh kemenangan kembali.
Saudara nak tau, saya berada di negeri saya yakni Penang semasa kemenagan PR berlaku. mula2 cemas gak lah sebab parti yg menang besar tu nampak2 mcm anti Melayu. Kalau Pas yg menang tak pe gak kan. tapi, nampaknya orang Melayu ni pandai mengikat. Dap menang pon tak boleh wat aper2 yg drastik pon. inilah kelebihan orang melayu. pandai ikat orang lain supaya survival bangsa mereka berjalan.

tengok mcm indonesia dan thailand. mereka agak prejudis terhadap bangsa pendatang khususnya cine. tapi tengok, berapa besar kejayaan mereka terhadap negara tersebut. tapi di mesia niii, orang Melayu ni cerdik cam tuuu... lah. Pandai ikat orang. so, ruang untuk bangunkan Melayu di dalam kerajaan PR especially Penang ngan Selangor masih luas. TAPI, tugas mengisi ruang2 kosong ini bukan lagi di tgn kerajaan, tapi terletak 100% di tangan rakyat. memang payah, memang perit! tapi hasilnya berlipat kali ganda. saudara semua yang pilih jalan itu, saudara semua perlu harunginya juga lah. Ibarat melepas roket ke bulan, tak boleh berenti, tak boleh patah balik. teruskan mendarat di bulan. Dan hasilnyerrrr.......?


ishhhhh!!! ape plak yg saya ngarut malam2 bute nih! adh kena samput kot.
tapi ader mesej yg saya nak sampaikan di sebalik cerita tadi. sesape yg tajam minda dapatlah. sesape yg masih kurang jelas lagi tuh tanye jer aku. aku nanti kupas panjang lebar.

ok. bab politik ni kita tinggal lah dulu.walaupun politik tu penting! skang ni kita kembali bercerita kepada matlamat asal yakni mengenal diri kita sebagai manusia.


ya! kita sebagai manusia, makhluk Allah s.w.t yang paling mulia dalam dunia dan kelasnya. dijadikan di bumi ini sebagai khalifah Allah di bumi. oleh itu, kita mempunyai tugas dan tanggungjawab besar untuk memakmurkan bumi ini. Allah membekalkan kita dengan Al-Quran sebagai panduan untuk kita mentadbir bumi. Allah utuskan Nabi Muhammad s.a.w bagi menunjukajar kepada kita bagaimana hendak menggunakan panduan tersebut. Oleh itu sekarang, kita telah mempunyai kelengkapan yang cukup untuk menjalankan tugas sebagai pemakmur bagi bumi ini. Ada Akal dan ada hati. Ada Al-Quran dan ada As-sunnah. juga ada anggota badan untuk menjalankan misi tersebut.

Namun kita kena ingat, satu objek asing telah diletakkan dalam tubuh kita dan dia sebenarnya musuh. Dia lah nafsu. menurut imam Al-Ghazali, nafsu lah musuh sebenar bagi diri kita. Syaitan hanya menghasut kita agar mengikut kehendak nafsu ini. oleh itu kita perlu menundukkan nafsu. kalau tidak! akal dan hati kita gagal berfungsi dgn baik. maka Al-Quran dan As-Sunnah gagal untuk diikuti. cara untuk menundukkan nafsu akan saya huraikan pada post akan datang.
Akal digunakan untuk berfikir. bagaimana mengeksploit panduan2 yang telah diberikan Allah untuk memakmurkan bumi. hati pula adalah naluri yang sentiasa berkehendakkan kesejahteraan. namun awas! nafsu sentiasa ingin mendampingi hati. jangan biarkan dia menghasut dan mempengaruhi hati kita. tundukkan dia semahu-mahunya. kerana jikalau hati kita sudah berkahwin dengan nafsu. maka dia akan membawa kita ke lembah kedurjanaan. takut nanti hati kita akan berkehendakkan kesejahteraan palsu, kesejahteraan yang dilitupi kemurkaan oleh Allah s.w.t. kesejahteraan yang sia-sia yakni yang hanya sementara nikmatnya sedangkan akibat buruknya berpanjangan. oleh itu, sedaya upaya lah untuk jauhkan hati dan nafsu sementara mereka masih belum saling mencintai. kerana andaikata hati dan nafsu sudah berkahwin, akan begitu susah untuk menceraikan mereka. mereka akan meronta-ronta untuk bersama. akan tetapi kahwinkan hati dengan ibadah. ibadah ada dalam Al-Quran dan Sunnah. Dia dilindungi, dia dijamin bersih. Dia lah yang akan memimpin hati ke arah kesejahteraan yang hakiki. Apakah yang dimaksudkan ibadah? akan saya huraikan dalam post akan datang!

baiklah! dah panjang lebar saya nulis nih. saya nak cau dulu lah! terima kasih kerana sudi membaca!

sekian!!!!

Wassalam!!!




Yazie Ramli Al-Hasyemi