Wednesday, June 16, 2010

Tirai Rejab Dibuka

salam! Semalam, aku terpaku di satu penjuru dunia sambil mataku memandang di ufuk langit. Bulan menjadi runcing tatkala mataku memandang tajam ke arahnya, Angkasa tinggi begitu kemilau sekali. Aku tenung lama-lama pada bulan yang menyabit. Sabitnya bulan itu seakan-akan tertegaknya syiar Allah tanpa perlu disokong oleh kubah-kubah yang besar dan gah. Dikala itu,bulan masih di kaki. Cerah menyirna bagai hendak mengkhabarkan sesuatu kepada isi alam ini. Aku terus terpaku melihat bulan yang masih kaku. Sehingga selangkah demi langkah aku tinggalkan lalu pulang ke rumah.

Sampai saja di rumah, aku letih sangat. Entah! Mungkin beban tugas pada tempoh kesiangan tadi meninggalkan bekasnya. Seperti biasa, aku akan melihat kalendar untuk merancang hari-hari mendatngku. Tanggal 16 Jun 2010 merupakan kotak pertama yang akan kutenung. Kerana hari esok bakal bermula dengan panggilan angka ini. Namun, di satu sudut kecil kotak hari, mataku melirik pada satu angka lain, tarikh lain, bulan lain.

Rupa-rupanya, itulah haribulan dalam kalendar hijri yang jarang sekali kita guna pakaikan pada hari-hari yang meniti sirah hidup kita. Angka 1 rejab 1431 begitu sedap aku sebut. Sebutan itu berkali-kali terlirik di lidah. Barulah aku tahu, khabar apa yang ingin disampaikan oleh bulan sewaktu dalam perjalanan untuk pulang tadi. Tatkala waktu masihi masih berada ditengah, umat islam bakal melangkah ke lembaran baru. bulan Rejap yang penuh rahmat. Bulan rejab bulan Allah s.w.t. Bulan rejab jugalah menjadi gerbang bagi kita melangkah ke bulan agung Ramadan dua bulan dari sekarang

Jalanilah rejabmu dengan penuh limpahan rahmat dan makrifat

salam

Yazie Ramli Al-Hasyemi

Monday, June 14, 2010

Andainya Rasulullah s.a.w masih bersama

Andainya Rasulullah s.a.w masih bersama kita. Tentu hati-hati yang keras akan hancur berderai menjadi debu yang menghempas ke tanah. Andai Rasulullah s.a.w. masih di sisi umat ini. Pasti cahaya ketaqwaan bersemburan keluar bagai pancaran mentari yang menyuluh seluruh hamparan bumi. Burung-burung kan terbang keriangan di dada angkasa. Tabir langit melabuhkan tirai rahmat Allah s.w.t lalu dihamparkan di segenap alam. Tiang kemasyhuran kan tegak kembali. Runtuhan ketamadunan kan berdiri kukuh, sekukuh binaan-binaan konkrit di tengah kota. Akan terlerai semua tabir besi yang melingkari ummah. Akan terpadam api dendam yang membakar setiap hati insan. Ya Rasulullah s.a.w, cintaku kepadamu memang tidak pernah padam! Dan aku hanya mampu melafazkan kalimah cintaku pada lembaran selawat.


Sunday, June 13, 2010

Maaf Kupohon Ukhwah kusantun

seribu kata maaf ku sampaikan dari bibir yang sentiasa kering dengan zikir. Semoga ia kembali basah dengan siraman bait-bait ayat Allah. Sepuluh jari ku susun pada teman-teman yang menanti secalit nota yang dapat ku bingkiskan pada baris karangan blogku. Aku membisu terlalu lama, hingga bibirku kering kesat untuk berbicara semula. Namun, semangat ku tidak mungkin pudar kerana roh di badanku masih bertakhta. Dan kini aku kembali mencoretkan lirik-lirik dari bicara hati ini.

Yazie Ramli Al-Hasyemi

malam nan penuh shahdu

malam ini, tubuhku menggigil sejuk. kakiku kaku untuk melangkah. bibirku kelu untuk berbahasa. mataku berpinar tertusuk panahan kesal. Terhadap hidup ini, kesal terhadap jalan yang ku pilih. Namun, aku masih punya Allah. Dia lah yang mengawalku. oleh itu, setiap yang kurasa adalah di bawah kawalannya, ketentuannya.

malam ini, dingin bayu bertiup menyelinap ke rongga2 alam. embun pagi mula menjelma kan titisan. titis lembut bersama air mata keinsafanku. tanpa kulengah lagi, ku tadah kan telapak tangan ini mengadap Yang Esa dengan hati dan jiwa yang penuh kekosongan. bermacam perkara ku sampaikan. segala isi hati ku ini diluahkan. dengan satu harapan agar Allah sanggup memperkenankan permohonan. Agar Dia redha dengan segala gerak geri kehidupan yang telah aku lakarkan pada pentas yang fana ini.

aku mula menilai jalan hidupku. jalan yang ku pilih. Adakah jalan itu kan berjaya dipenghujung nya. dan adakah jalan itu ditebari dengan nur keredhaan. Hanya Allah yang tahu. betapa liku2 hidup ini perlu dilalui dengan penuh kesabaran. Aku pasrah dengan apa yang berlaku dan semua nya ku serahkan kepada yang Maha Esa. ku bentangkan sejadah istikharah kepadaNya. agar ditunjuki jalan yang betul2 lurus menuju ke makfiratnya.

apa yang ku harapkan, sebelum aku melangkah ke pentas fana yang penuh tipu muslihat ini. Dan sebelum nafasku menghirup titisan embun pagi yang dingin. aku melangkah dengan penuh iltizam dan di dadaku tersemat keazaman juga dimindaku terpancar ilham yang Allah kurniakan dalam mimpi semalam.


Yazie Ramli Al-Hasyemi