Tuesday, October 2, 2007

selamat mengundi!

esok,
tanggal 2 oktober 2007 bersamaan dgn 20 ramadhan 1428, akan bermulanya satu peristiwa penting bagi mahasiswa ipta seluruh Malaysia.
pilihan raya kampus akan berjalan serentak. maka dengan itu marilah kita keluar beramai-ramai
mengundi untuk memilih tampuk kepimpinan mahasiswa.
gunakanlah hak anda dengan bijak!
eh.. mcm nk kempen plak bunyi nyer nih.
tak der lah just nak memperingatkan kepada seluruh mahasiswa untuk tunaikan tanggungjawab kita. itu dari satu segi. dari segi lain pulak, ianya merupakan satu latihan kepada kita sebelum kita menghadapi pilihan raya yang sebenarnya( national election) .
jangan sampai plak bila nak undi sebenar tak tau cam na caranya, huh.. ni kire parah le ni. so bg mahasiswa2 yg bakal mengundi esok, belajarlah dari sekarang.

pasal pilihanraya esok, saya tak tau lah apa yang nak komen.
keputusan pun tak dapat saya ramal. nampaknya saingan diantara kumpulan pro-aspirasi dan gabungan mahasiswa adalah begitu sengit. maklumlah keadilan telah yang diberi oleh NC UKM.
syabas saya ucapkan kepada NC UKM, Prof Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin atas tindakan adilnya dalam mengendalikan pilihanraya kali ini.

pada saya, Dato' adalah seorang yang begitu amanah kepada bangsa dan yang lebih penting bersifat amanah kepada Allah s.w.t. amanah kepada bangsa kerana dato' telah memberi peluang dan ruang kepada anak bangsa dato' sendiri untuk berfikir dan membuat keputusan. keputusan yang bakal dibawa oleh mereka apabila kembali kepada masyarakat nanti dan keputusan yang akan menetukan nasib mereka kelak pada masa depan. Dan yang utama sekali dato' telah berjaya memegang amanah Allah s.w.t. kerana dato' telah membebaskan gelanggang mahasiswa ini daripada korupsi dan cengkaman kuasa luar yang tidak sihat. dengan lain katanya dato' berjaya menegakkan sistem syura yang selama ini diperkenankan oleh agama Islam. syabas sekali saya ucapkan kepada dato'.

Tapi satu ajer yang saya nak dato' lakukan. tadi masa sesi ceramah oleh dato' Abu Hasan Din al-Hafiz, pertama kali saya lihat dato' keluar memberi ucapan dengan bertudung. pada saya lebih elok kalau dato' sudi meneruskan cara pemakaian sebegitu agar dato' lebih disayangi dan dihormati oleh mahasiswa. setiap lapisan pelajar akan melihat dato' sebagai ikon yg sangat hebat dan patut dicontohi. dan yang paling penting sekali dato' kelihatan lebih berkeliber apabila tampil bertudung. sungguh.. apa yang saya katakan dato'!. cubalah lakukannya!

kembali kepada pilihan raya kampus esok, saya ucapkan selamat mengundi lah kepada rakan2 mahasiswa semua. lakukan yang terbaik untuk nya. ingat! itu adalah masa depan anda!
itulah yang dapat saya katakan buat waktu ini. kita lihat nanti keputusannya esok yek!
Yazie Ramli Al-Hasyemi

Saturday, September 29, 2007

Assalamualaikum!!!

Malam ni saya balik lambat ke bilik. ingat dah nak tido dah, tapi rase2 nak pos dulu ape2 item lah kat blok ni. tu yang post lambat tuh.

Tadi, saya bukak pose kt majlis bersama anak-anak yatim anjuran persatuan mahasiswa fakulti sains dan teknologi UKM. after that, kami sambung terawikh dan lepas tu moreh bersama. bila abis semuanya, siap2 lah nak balik. tapi kt depan DAM (dewan anuar mahmud) ,geng2 gabungan mahasiswa telah berkumpul dengan ramainya untuk berkempen sempena pilihan raya kampus yang bakal tiba nih. fulamak! riuh giler, penuh dengan semangat yang berkobar2.
saya ni skang amik dasar berkecuali. tak menyebelahi mana2 pihak pon. ye lah dah tawon2 last ni kan. tak yah lah pikir pasal politik kampus ni. lebih baik cek pikiaq pasai politik sebenaq kat luar yang nampak gayanya dah nak dekat2 jugak tuh. itu barulah real skit. antara idup dan mati bangsa kita. tapi yang dalam dlm pon penting jugak, sbb yang dalam lah yang akan memegang apa yang ada kat luar nanti yek.

O.k balik pada citer tadi balik, after kumpul & bagi sedikit taklimat camna nak kempen. flyers pon dah edar dah. maka depa pakat ramai2 lah gi serbu kolej tuk kempen. kali ni kolej yg jadi medan serbuan ialah kolej ungku omar (KUO). maka depa pun masuklah dalam kolej, pecah pompuan masuk blok pompuan & laki masuk blok laki. saya tunggu kat luar aje. maklum lah dasar berkecuali, so saya amik part sebagai pemerhati je lah. then, pastu diorang ramai2 keluar plak ke dataran kolej uo tu. maka berlakulah sesi kempen dengan calon berkempen abis-abisan. macam2 janji yang ditabur. maka satu sorakan gemuruh pun keluar tanda sokongan yg tak berbelah bagi pada calon. tapi tak semua budak yg keluar. may be separuh jer kut. tetibe aje keluar satu suara dari corong pembesar suara kolej menyuruh para pengempen yang bukan dari uo blah balik. kalau tidak tindakan akan diambil. suara tu sahih daripada geng2 aspirasi la ni.
pak guard! oih, awai2 lagik dia dah stand by ngan pikap dia dah. tak tau lah nak tangkap orang ka atau nak kawal keadaan. masa dok syok calon2 berkempen tu, tau2 guard ni mai dekat & suruh depa balik (bersurai). alasannya berkempen boleh tapi berkumpul tak leh. kalau nak kempen dari bilik ke bilik pon mesti lah tak lebih dari lima orang. maka depa yang kempen tadi pon patah balik ke Dam ramai2. kempen separuh jalan jer.

Melihat keadaan ni, ati saya pun berkata2 , tu lah sebab saya luah kan kat blok nih. pada saya tak kira lah walau pun depa pembangkang ka, calon aspirasi ka, ruang berkempen perlu diberikan dengan lebih adil. baru2 ni saya dengaq NC UKM dah bagi kebenaran untuk berkempen secara terbukak. tapi alasan yang guard tu bagi ternyata bercanggah. ntah! guard ni buat undang2 sendirik ka. atau pun nak tunjuk kuasa. walaupun saya mengambil tempat berkecuali, namun jugak sebagai mahasiswa, saya merasakan bahawa tindakan ini telah menyekat mahasiswa daripada mempraktik apa yang bakal mereka tempuh kat luar nanti. depa yang bakal pegang tampuk negara di pelbagai tempat. bukan nya guard. guard ntah taun depan, beberapa taun lagi akan 'dijemput' tuhan. maka pada saya apa lah salahnya kalau peluang ini diberikan kepada semua mahasiswa sebagai latihan berpolitik. selain itu, depa jugak boleh tunjukkan bakat berkomunikasi depa kat orang lain. bakat ni lah yang negara perlukan pada masa ni dan akan datang.

Maka pada saya mahasiswa janganlah disekat. tak kira lah sama ada daripada pihak aspirasi atau pun pembangkang. saya tak mau nanti malaysia akan mengeluarkan mahasiswa yang jumud, yang tidak boleh menerima pendapat dan yang menyekat. kalau itu yang terjadi, maka tunggu lah saat keruntuhan MELAYU.

Saya tengok, keadaan yang berlaku sekarang adalah tidak adil. kalau lah gabungan mahasiswa tidak dibenarkan membuat kempen secara berkumpul, bagaimana pulak bagi pihak aspirasi yang mengerah adik2 tahun satu berkumpul di bilik2 kolej untuk diceramah. itu tidak pula dikatakan berkumpul! tak dak pulak guard2 yang nak mai. camna ni!.
jadi keadilan tidak wujud di sini.

Kalau tak mau bagi kumpul di khalayak ramai takut mengundang bahaya. adalah lebih baik kalau buat secara gentlemen skit. kalau pihak kolej membenarkan penubuhan kelab aspirasi kolej, maka kelab gabungan mahasiswa kolej juga harus diwujudkan. bila pertemuan dibuat maka guard2 pon tak perlu datang. keadaan pon selamat, tak hingaq. panggil semua adik2 tahun satu datang pertemuan pada kedua2 belah pihak. biar depa sendiri buat penilaian. kan adil!

Daripada tutup ruang untuk depa berkempen. maka depa pun bertindak lah secara bawah akar yang kelihatan seperti orang bersalah. datang lewat2 malam edar risalah. kumpul secara haram. sebab berlakunya macam ni ialah kerana mereka tiada ruang. pastu plak bila depa berkumpul ramai, berlaku lah kebisingan dan gangguan kepada mahasiswa lain. jadi depa jugak dipersalahkan. bila guard masuk campur, silap2 boleh berlaku huru hara tak pon keganasan. jadi untuk mewujudkan keadaan yang memuaskan hati semua pihak. maka pihak universiti perlu adil. maka politik matang pon akan wujud. NAMPAK DAK!

Bagi pihak gabungan mahasiswa pulak, anda kalau nak berkempen, kempenlah secara bijak. susun strategi betul2. kalau esok bila dah grade, senang nak guna pengalaman lam dalam masyrakat. dan satu lagik, tunjuk lah kematangan anda sebagai pelajar. bila pak guard halau anda, maka buat lah tindakan bijak. jangan lah plak nak tunjuk sikap memberontak dengan membunyikan enjin motor dengan kuat. kalau eksiden kan susah. tu nak pi sembahyang hajat plak tuh. jangan merempit ketika melangkah ke rumah Allah. sebaliknya hendak lah penuh dengan zikr, doa dan kesabaran.Allah suka orang yang bersabar. dalam situasi ni, anda orang yang tertindas. maka doa anda insyaallah termakbul. tapi bila anda merempit macam pelesit menuju ke rumah Nya. maka- walahhualam.
Ok:-ADIOS!!!
Yazie Ramli Al-Hasyemi

Thursday, September 27, 2007

Gurindam Bangsa

Assalamualaikum w.m.w.

jumpa lagik ye ari nie.
saya ari ni malas sgt nk tulis.
tak tau plak kenape.
tengok, baru beberape kerat aje yg dipost dah malas.
nayer punya perangai.
tp, ari nie saya nak kongsi sebuah gurindam yang saya tulis dua tahon lepas.
pada mulanya saya nak himpun dan bukukan.
tapi dah dua tahon tak siap2
jadikk.. daripada terperap ajer dlm pc ni,
lebih elok lah paparkan pada saudara semue yek.
ha. ini dia salah satu part dalam gurindam nie.
renungkanlah:

Gurindam bangsa


Dimana tempat letaknya daulat

Di hati tersemat di mulut terucap


Dimana tempat menghuni martabat

Di diri dihormat dan di akal diingat


Di mana arah perjuangan bangsa

Letaknya di tengah perjuangan nusa


Dimana harus bangsa mencari

Pada jiwa pemimpin bistari


Bangsa yang mana dikatakan masyhur

Bangsa yang budinya indah dan luhur


Bangsa yang mana dikatakan perkasa

Bangsa yang menanam sikap menguasa


Bangsa yang mana dikatakan maju

Bangsa itu akalnya laju


Bangsa yang mana dikatakan kaya

Bangsa yang selalu gandakan usaha


Bangsa yang mana dikatatakan agung

Bangsa itu budayanya ulung


Bangsa yang mana dikatakan mulia

Bangsa itu banyak jasanya


Bangsa yang mana dikatakan hebat

Bangsa itu banyaknya sahabat


Bangsa yang mana dikatakan hina

Bangsa itu amalnya sia-sia


Bangsa yang mana dikatakan jahat

Bangsa itu berselubung hasad


Bangsa yang mana dikatakan keji

bangsa yang hatinya terukir dengki


bagaimana bangsa hendak disayang

semangat di hati janganlah goyang


bagaimana membuat bangsa disanjung

adat dan budayanya hendaklah dijunjung


bagaimana mencegah bangsa dicerca

hendaklah ahlinya kerap membaca


bagaimana mencegah bangsa dipersenda

janganlah dibiar bahasanya ternoda


bagaimana mencegah bangsa dihina

pakailah adatnya dimana-mana


bagaimana mencegah bangsa diguna

hendaklah tahan duka dan merana


bagaimana mengelak bangsa menjadi pupus

segala nilainya janganlah cuba dihapus


bagaimana menjadikan bangsa maju

budaya berilmu jadikan baju


bagaimana menjadikan bangsa perkasa

jati didalam diri dilatih menjadi sasa


bagaimana menjadikan bangsa mulia

peliharalah baik-baik semua belia


haah.. camne.. o.k tak

boleh komen yer..

o.k sekian

wassalam tuk ari nih..

Yazie Ramli Al-Hasyemi





Wednesday, September 26, 2007

Ramadan Kareem!

Alhamdulillah…. Sekarang kita dah masuk bulan ramadan. Penghulu segala bulan, bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang mana Allah s.w.t. telah membuka seluas-luasnya pintu syurga dan menutup serapat-rapatnya pintu neraka. Bulan yang mana juga Allah s.w.t. membelenggu syaitan-syaitan. Pada bulan ini pahala dilipat gandakan. Pada bulan ini juga doa-doa kita senang dimakbulkan oleh Tuhan. Dan juga pelbagai pujian lagilah yang sesuai diberikan pada bulan berkat penuh rahmat ni.

Bercakap pasal keberkatan bulan ramadan ni! Ingin saya berkongsi sedikit hikmah di bulan ramadan ini. Dan janganlah ia pergi begitu sahaja tanpa meninggalkan sedikit kebaikan kepada kita umat Islam. Kalau banyak lagi lah bagus. Harap-harap gitu lah ye.

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian, apabila ramadan mula menderap rangkah menghampiri kita, maka sepatutnya kita berasa gembira. Menantikan ketibaan bulan agung ini. Di saat ramadan ini tiba kita harus bersyukur kerana kita masih lagi mampu menemui ramadan pada tahun ini, juga kerana masih lagi diberi peluang oleh tuhan untuk memperbaiki amalan kita malahan untuk ‘upgrade’ diri kita ke tahap insan yang bertakwa. Insan yang bernama islam, insan yang mempunyai tuhan dan insan yang termaktub pada hukum-hukum yang telah ditetapkan. Sebagai umat islam, kita patut berasa terharu kerana diberi kelebihan sebegini.

Saudara dan saudari sekalian, pada bulan ramadan inilah kita patut mengambil peluang untuk menambah amalan. Kerana setiap amalan akan dilipat gandakan pahalanya. Pada bula ini lah juga kita perlu mengejar tahap pahala yang tinggi dan juga mengurangkan dosa kita ke kadar yang paling minimum. Ya lah! Setiap amalan akan diberi berkali-kali ganda pahalanya. Maka apabila kita menyebut ‘astaghfirullah’, maka segala dosa kita akan dikurangkan dengan begitu banyak. Allah s.w.t. juga telah memberikan banyak fadilat(kebaikan) dalam solat terawikh. Ada di antaranya akan terhapus segala dosa kita seperti baru lahir. Dan ada juga yang dijanjikan bahawa segala doa kita akan dimakbulkan.

Jadi saudara-saudara ku sekelian, marilah kita merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya. Kita baiki segala amalan kita, kita ‘upgrade’ tahap keimanan kita, kita ubah pola dosa-pahala kita. Agar, sekiranya kita ditakdirkan kita dijemput ilahi pada tahun ini, maka peluang untuk kita ke syurga Allah amatlah cerah kerana pola-pola yang banyak ditinggikan oleh dosa telah berubah dan pahala telah mengatasinya. Malahan lebih baik sekiranya Allah hapuskan segala dosa kita seperti kain putih tadi.

Baik lah saudara-saudari yang saya kasihi, setakat inilah yang ingin saya kongsikan berkenaan ramadan dengan saudara. Agar kita semua, umat islam menjadi umat yang berkualiti, umat yang merdeka, umat yang bakal menuju ke pulau syurga di atas bahtera dunia. dan umat yang dikasihi tuhan. Sama-sama lah kita guna sebaik-baik mungkin peluang ramadan ini.

Wassalam

Yazie Ramli Al-Hasyemi

Merdekakah Kita!

melangkah punya langkah, akhirnya umo negara kita dah capai 50 tahun.
pada saya umo 50 tahun ni tak lah tua sangat, tapi dikira sampai peringkat matanglah ni.
setelah 5 dekat kita melangkah ni, dah macam jalan kita tempuh.
ada kala kita belok ke lain.
ada kala pulak tu kita jalan tak hati2 terpijak duri.
tapi tak pa kan!
semua tu pengalaman sebenarnya.


pada pendapat saudara semua lah kan! bila kita selalu baca kat dalam akhbar dan media masa yang lain. balik-balik kita akan dengar cerita pasal merdeka. cerita pasal umor negara kita yang dah menjangkau separuh abad ni. saya tanya sekali lagi, pada pendapat saudara lah kan, adakah saudara rasa yang negara kita telah mencapai kemajuan dan pembangunan yang secukupnya? kalau ya! apa perwajaran yang saudara akan kemukakan. kalau pun saudara kata tidak kenapa pula. Baik! mari kita berfikir sejenak untuk meninjau jawapannya... bukan mencari tapi meninjau kalau-kalau ada. mencari maksudnya kita akan mencari jawapan yang mutlak dan tepat serta benar. mana boleh jumpak kan. jawapannya sebenarnya relatif, tak mutlak.
ok mari tengok.... apabila kita tanya kepada seratus orang apa perasaan mereka apabila negara telah menjangkau usia 50 tahun merdeka, maka ramai yang akan mengatakan bahawa mereka merasa bangga...sebulat suara dengan penuh kegembiraannya. tapi apabila soalan kedua ditanya apakah negara kita benar-benar merdeka? pasti jawapan yang diterima adalah beragam. kenapa ini terjadi. kekontrasan yang diberikan pada jawapan kedua ini mungkin sudah memberi petanda kepada kita bahawa ada yang tidak puas hati dengan pencapaian negara kita selama melangkah 5 dekat tapak ke depan. sebab apa ini terjadi kita tidak tahu..!! adakah setelah lima dekat melangkah, kaki kita telah terluka akibat terkena duri dan sukar untuk sembuh, ataupun kita telah membelok ke satu jalan lain untuk ke satu destinasi yang sama sehingga kita hilang perkara2 yang sepatutnya kita ada . itu pun kita tidak tahu!!...bukan tidak tahu tapi tak nak ambil tahu... atau buat-buat tak tahu.
lantasnya perkara2 yang dirasakan tidak patut terjadi ini telah menyebabkan kita merasa tidak puas hati dengan pencapaian negara.

jawapan nya mungkin ya atau mungkin tidak. ya! seperti yang saya katakan tadi jawapannya relatif, dan bukan mutlak. Baik! sekarang mari kita lebih fokus kepada perbincangan lah.
pada saya jawapan kepada soalan kedua BOLEH JADI
benar kesemuanya.
ya sudah semestinya.. kalau tidak! masakan mereka akan menyuarakan pendapat yang sedemikian. mereka rakyat, justeru mereka lebih mengatahui apa sebenar nya yang berlaku dalam negara ini.
kalau kita klasifikasikan jawapan tersebut, kita boleh bahagikan jawapan ini kepada tiga kategori iaitu bangga, bangga tapi berwaspada dan akhir sekali kecewa.

BANGGA... sebab negara ini telah membangun dan hampir mencapai maju. boleh kita bundarkan kepada majulah dalam beberapa segi. kalau kita bandingkan keadaan kita sebelum merdeka dahulu, keadaan kita sekarang jauh berbeza baiknya. dulu kita sukar untuk mendapatkan air untuk kegunaan harian. kita terpaksa mengangkut air tersebut dgn baldi dari sungai. dulu.. kita tak dapat memiliki kereta, tetapi sekarang kebanyakan daripada kita telah memiliki kereta. ajaib bukan. dulu ! kita tak ada peluang pun untuk belajar dengan sempurna, tapi sekarang komputer tu dah jadi perkara biasa dah. dulu kita tidak dapat mendongak ke langit. kena tunduk kat mat saleh, jepun dan lain-lain lagi. tapi sekarang dengan bangganya kita melangut tinggi memerhatikan kapal terbang nasional Mas membelah dada langit. sungguh hebat bukan. dan dulu siapa yang kenal Malaysia. tak ada siapa yang kenal, tapi sekarang semua kenal akan Malaysia. pergilah mana ceruk rantau pun. malaysia pasti dikenali. jadi sekarang ini Malaysia telah dipandang tinggi oleh dunia luar. masyarakat luar telah berpusu-pusu datang ke Malaysia untuk mencari kerja, melancong dan sebagainya. ini satu kejayaan yang membanggakan!!. Anak-anak muda kita sekarang ramai yang dapat merasai taraf pendidikan yang lebih baik jika dibandingkan pada zaman penjajah dahulu. Yuran mereka juga tidak banyak dan tidak juga membebankan. Malaysia juga memiliki banyak kebanggaan tersendiri seperti kereta nasional, menara berkembar yang pernah menjadi yang tertinggi di dunia, jaringan jalan raya yang baik dan juga bandar-bandar yang pesat seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan lain-lain lagi. Rakyat Malaysia juga telah banyak mengharumkan nama negara dengan membuktikan kepada dunia bahawa kita sekuat dan sehebat rakyat negara maju apabila berjaya mendaki gunung everest, berlayar mengililingi dunia secara solo, berenang merentasi selat Inggeris, penganjuran sukom dan banyak lagi. Boleh dikatakan kita sekarang jauh berbeza daripada keadaan kita yang dahulu. Kita telah dipandang tinggi dan dihormati.

BANGGA TAPI WASPADA- bagaimana pulak bentuk jawapan dalam kategori ini. mereka ini bangga dengan pencapaian malaysia dalam satu segi tertentu namun berwaspada dengan keadaan satu segi yang lain. ya! seperti juga golongan pertama tadi, mereka ini berbangga dengan setiap pencapaian malaysia. namun pencapaian ini hanyalah pencapaian luaran sahaja. ibarat sebiji buah durian yang nampak besar, hebat, kuat dan tajam durinya, hijau kekuningan
warnanya, tapi telah busuk pada beberapa ulas buah dan pangsanya. maksudnya di sini kalau kita berada di tempat-tempat yang hebat seperti di hadapan menara berkembar petronas, KLIA, putrajaya dan lain-lain lagi, tentulah kita akan berasa malaysia ini satu tempat yang hebat, bumi bertuah dan lain-lain lagi jolokan indah. akan tetapi kalau kita lihat penduduk-penduduk setinggan di beberapa kawasan di pinggir kota, penduduk di rumah-rumah pangsa dan juga bagi sesetengah mereka yang hidup dalam kedhaifan, kita mungkin akan merasa tak sepatutnya dalam negara yang maju begini, masih ada jugak rakyatnya yang hidup susah begini. Malahan di ceruk-ceruk lorog di kota-kota besar pun kita boleh melihat sendiri segelintir golongan rakyat yang menghuni negara bertuah ini hidup dalam serba kekurangan. Mereka tidak ada rumah. Lantas hidup merempat di kaki-kaki lima, celah-celah lorong hatta di bawah jambatan. Kebanyakan daripada mereka ini adalah penagih dadah, orang-orang tua yang disingkir oleh anak-anak, mereka yang kurang upaya dan juga yang kurang sioman. Justeru, ada yang beranggapan keadaan ini menjadi kontras bagi sebuah negara yang bakal maju. Itu keadaan di bandar besar. Bagaimana pula keadaannya di pinggir bandar yang mana dihuni oleh segolongan mereka yang terhimpit. Akibat daripada kewangan yang terhad, mereka ini tinggal di rumah-rumah pangsa yang biasanya sempit dan kotor. Kekotoran yang berlaku bukan bermakna mereka ini pengotor, tetapi ‘terpaksa’ untuk kotor kerana ruang yang terhad. Ada juga di kalangan mereka yang tinggal di rumah-rumah setinggan yang mana keadaan dan suasananya adalah sama dengan penghuni rumah pangsa tadi. Malah tinggal di rumah setinggan lebih bahaya kerana jikalau terjadinya kebakaran atau pun ribut, kebarangkalian untuk berlaku kemusnahan besar adalah tinggi. Justeru akibat daripada kesempitan ini, kita semua dapat bayangkan bagaimana ruang dan peluang kepada para penghuninya untuk berfikir dengan lebih tenang dan rasional. Sudah pasti mereka mempunyai ruang dan peluang berfikir yang terhad. Jadi bagaimana mereka mampu untuk mendidik anak-anak mereka dengan baik memandangkan suasana yang diwujudkan adalah terhimpit dan panas. Bayangkanlah! Jadi inilah nasib anak-anak bangsa kita yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan datang. Gejala-gejala yang tidak sihat sebahagiannya berpunca daripada keadaan sebeginilah. Itu baru sahaja keadaan di kta. Bagaimanapula di kawasan-kawasan luar kota dan kawasan lain yang terpencil. Saudara-saudara semua boleh bayangkan kan

jadi keadaan inilah yang diwaspadai oleh golongan yang kedua ini. Bukan sahaja dari segi keadaan masyarakat biasa tetapi dari segi aspek-aspek lain seperti peminggiran bahasa melayu, sekatan ke atas mahasiswa, rasuah oleh sesetengah pihak, hal-hal keselamatan dan lain-lain. Inilah yang diwaspadai sebenarnya. Jikalau tidak ditangani dengan baik, maka negara yang telah dibina selama 50 tahun ini akan musnah lambat laun juga.

KECEWA- ini adalah golongan yang menganggap bahawa kemajuan yang biasa ditunjukkan oleh negara adalah biasa. Jikalau Kuala Lumpur dibanggakan dengan monorailnya, LRTnya, ERLnya, menara-menara tingginya, di ibu kota-ibu kota negara membangun lain juga mempunyai keadaan sedemikian. Jika kita berbangga dengan menara berkembar KLCC, lapangan terbang KLIA dan monumen besar lainnya, tapi yang membinanya sama ada arkitek, pakar-pakar runding malahan kontraktor sekalipun ialah orang luar. Jadi entiti besar ini bukanlah satu kebanggaan mutlak kerana yang membinanya ialah tangan-tangan luar.jikalau kita berbangga negara ini mempunyai jaringan jalan raya yang baik, jiran kita Singapura memiliki jalan raya yang lebih baik lagi begitu juga deri segi tahap ekonomi. Inilah yang ditanggap oleh golongan ini. Apa yang dikecewakan oleh golongan demikian ialah masalah orang Melayu yang dikatakan gagal mengecapi kedudukan ekonomi dan taraf hidup yang baik setaraf dengan bangsa-bangsa lain. Golongan ini terdiri daripada pembangkang dan juga pemikir-pemikir.

Jadi setelah diteliti inilah jawapan-jawapan yang boleh diperolehi apabila soalan di atas tadi di tanya. Justeru telitilah, sama ada jawapan-jawapan tersebut bernas atau pun tidak. Dan buatlah sendiri pertimbangannya. Adakah kita benar-benar merdeka? Anda sendiri yang tahu jawapannya. Pilihlah salah satu kategori yaang dinyatakan.

Yazie Ramli Al-Hasyemi