Wednesday, September 26, 2007

Ramadan Kareem!

Alhamdulillah…. Sekarang kita dah masuk bulan ramadan. Penghulu segala bulan, bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang mana Allah s.w.t. telah membuka seluas-luasnya pintu syurga dan menutup serapat-rapatnya pintu neraka. Bulan yang mana juga Allah s.w.t. membelenggu syaitan-syaitan. Pada bulan ini pahala dilipat gandakan. Pada bulan ini juga doa-doa kita senang dimakbulkan oleh Tuhan. Dan juga pelbagai pujian lagilah yang sesuai diberikan pada bulan berkat penuh rahmat ni.

Bercakap pasal keberkatan bulan ramadan ni! Ingin saya berkongsi sedikit hikmah di bulan ramadan ini. Dan janganlah ia pergi begitu sahaja tanpa meninggalkan sedikit kebaikan kepada kita umat Islam. Kalau banyak lagi lah bagus. Harap-harap gitu lah ye.

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian, apabila ramadan mula menderap rangkah menghampiri kita, maka sepatutnya kita berasa gembira. Menantikan ketibaan bulan agung ini. Di saat ramadan ini tiba kita harus bersyukur kerana kita masih lagi mampu menemui ramadan pada tahun ini, juga kerana masih lagi diberi peluang oleh tuhan untuk memperbaiki amalan kita malahan untuk ‘upgrade’ diri kita ke tahap insan yang bertakwa. Insan yang bernama islam, insan yang mempunyai tuhan dan insan yang termaktub pada hukum-hukum yang telah ditetapkan. Sebagai umat islam, kita patut berasa terharu kerana diberi kelebihan sebegini.

Saudara dan saudari sekalian, pada bulan ramadan inilah kita patut mengambil peluang untuk menambah amalan. Kerana setiap amalan akan dilipat gandakan pahalanya. Pada bula ini lah juga kita perlu mengejar tahap pahala yang tinggi dan juga mengurangkan dosa kita ke kadar yang paling minimum. Ya lah! Setiap amalan akan diberi berkali-kali ganda pahalanya. Maka apabila kita menyebut ‘astaghfirullah’, maka segala dosa kita akan dikurangkan dengan begitu banyak. Allah s.w.t. juga telah memberikan banyak fadilat(kebaikan) dalam solat terawikh. Ada di antaranya akan terhapus segala dosa kita seperti baru lahir. Dan ada juga yang dijanjikan bahawa segala doa kita akan dimakbulkan.

Jadi saudara-saudara ku sekelian, marilah kita merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya. Kita baiki segala amalan kita, kita ‘upgrade’ tahap keimanan kita, kita ubah pola dosa-pahala kita. Agar, sekiranya kita ditakdirkan kita dijemput ilahi pada tahun ini, maka peluang untuk kita ke syurga Allah amatlah cerah kerana pola-pola yang banyak ditinggikan oleh dosa telah berubah dan pahala telah mengatasinya. Malahan lebih baik sekiranya Allah hapuskan segala dosa kita seperti kain putih tadi.

Baik lah saudara-saudari yang saya kasihi, setakat inilah yang ingin saya kongsikan berkenaan ramadan dengan saudara. Agar kita semua, umat islam menjadi umat yang berkualiti, umat yang merdeka, umat yang bakal menuju ke pulau syurga di atas bahtera dunia. dan umat yang dikasihi tuhan. Sama-sama lah kita guna sebaik-baik mungkin peluang ramadan ini.

Wassalam

Yazie Ramli Al-Hasyemi

No comments:

Post a Comment