Wednesday, September 26, 2007

Merdekakah Kita!

melangkah punya langkah, akhirnya umo negara kita dah capai 50 tahun.
pada saya umo 50 tahun ni tak lah tua sangat, tapi dikira sampai peringkat matanglah ni.
setelah 5 dekat kita melangkah ni, dah macam jalan kita tempuh.
ada kala kita belok ke lain.
ada kala pulak tu kita jalan tak hati2 terpijak duri.
tapi tak pa kan!
semua tu pengalaman sebenarnya.


pada pendapat saudara semua lah kan! bila kita selalu baca kat dalam akhbar dan media masa yang lain. balik-balik kita akan dengar cerita pasal merdeka. cerita pasal umor negara kita yang dah menjangkau separuh abad ni. saya tanya sekali lagi, pada pendapat saudara lah kan, adakah saudara rasa yang negara kita telah mencapai kemajuan dan pembangunan yang secukupnya? kalau ya! apa perwajaran yang saudara akan kemukakan. kalau pun saudara kata tidak kenapa pula. Baik! mari kita berfikir sejenak untuk meninjau jawapannya... bukan mencari tapi meninjau kalau-kalau ada. mencari maksudnya kita akan mencari jawapan yang mutlak dan tepat serta benar. mana boleh jumpak kan. jawapannya sebenarnya relatif, tak mutlak.
ok mari tengok.... apabila kita tanya kepada seratus orang apa perasaan mereka apabila negara telah menjangkau usia 50 tahun merdeka, maka ramai yang akan mengatakan bahawa mereka merasa bangga...sebulat suara dengan penuh kegembiraannya. tapi apabila soalan kedua ditanya apakah negara kita benar-benar merdeka? pasti jawapan yang diterima adalah beragam. kenapa ini terjadi. kekontrasan yang diberikan pada jawapan kedua ini mungkin sudah memberi petanda kepada kita bahawa ada yang tidak puas hati dengan pencapaian negara kita selama melangkah 5 dekat tapak ke depan. sebab apa ini terjadi kita tidak tahu..!! adakah setelah lima dekat melangkah, kaki kita telah terluka akibat terkena duri dan sukar untuk sembuh, ataupun kita telah membelok ke satu jalan lain untuk ke satu destinasi yang sama sehingga kita hilang perkara2 yang sepatutnya kita ada . itu pun kita tidak tahu!!...bukan tidak tahu tapi tak nak ambil tahu... atau buat-buat tak tahu.
lantasnya perkara2 yang dirasakan tidak patut terjadi ini telah menyebabkan kita merasa tidak puas hati dengan pencapaian negara.

jawapan nya mungkin ya atau mungkin tidak. ya! seperti yang saya katakan tadi jawapannya relatif, dan bukan mutlak. Baik! sekarang mari kita lebih fokus kepada perbincangan lah.
pada saya jawapan kepada soalan kedua BOLEH JADI
benar kesemuanya.
ya sudah semestinya.. kalau tidak! masakan mereka akan menyuarakan pendapat yang sedemikian. mereka rakyat, justeru mereka lebih mengatahui apa sebenar nya yang berlaku dalam negara ini.
kalau kita klasifikasikan jawapan tersebut, kita boleh bahagikan jawapan ini kepada tiga kategori iaitu bangga, bangga tapi berwaspada dan akhir sekali kecewa.

BANGGA... sebab negara ini telah membangun dan hampir mencapai maju. boleh kita bundarkan kepada majulah dalam beberapa segi. kalau kita bandingkan keadaan kita sebelum merdeka dahulu, keadaan kita sekarang jauh berbeza baiknya. dulu kita sukar untuk mendapatkan air untuk kegunaan harian. kita terpaksa mengangkut air tersebut dgn baldi dari sungai. dulu.. kita tak dapat memiliki kereta, tetapi sekarang kebanyakan daripada kita telah memiliki kereta. ajaib bukan. dulu ! kita tak ada peluang pun untuk belajar dengan sempurna, tapi sekarang komputer tu dah jadi perkara biasa dah. dulu kita tidak dapat mendongak ke langit. kena tunduk kat mat saleh, jepun dan lain-lain lagi. tapi sekarang dengan bangganya kita melangut tinggi memerhatikan kapal terbang nasional Mas membelah dada langit. sungguh hebat bukan. dan dulu siapa yang kenal Malaysia. tak ada siapa yang kenal, tapi sekarang semua kenal akan Malaysia. pergilah mana ceruk rantau pun. malaysia pasti dikenali. jadi sekarang ini Malaysia telah dipandang tinggi oleh dunia luar. masyarakat luar telah berpusu-pusu datang ke Malaysia untuk mencari kerja, melancong dan sebagainya. ini satu kejayaan yang membanggakan!!. Anak-anak muda kita sekarang ramai yang dapat merasai taraf pendidikan yang lebih baik jika dibandingkan pada zaman penjajah dahulu. Yuran mereka juga tidak banyak dan tidak juga membebankan. Malaysia juga memiliki banyak kebanggaan tersendiri seperti kereta nasional, menara berkembar yang pernah menjadi yang tertinggi di dunia, jaringan jalan raya yang baik dan juga bandar-bandar yang pesat seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan lain-lain lagi. Rakyat Malaysia juga telah banyak mengharumkan nama negara dengan membuktikan kepada dunia bahawa kita sekuat dan sehebat rakyat negara maju apabila berjaya mendaki gunung everest, berlayar mengililingi dunia secara solo, berenang merentasi selat Inggeris, penganjuran sukom dan banyak lagi. Boleh dikatakan kita sekarang jauh berbeza daripada keadaan kita yang dahulu. Kita telah dipandang tinggi dan dihormati.

BANGGA TAPI WASPADA- bagaimana pulak bentuk jawapan dalam kategori ini. mereka ini bangga dengan pencapaian malaysia dalam satu segi tertentu namun berwaspada dengan keadaan satu segi yang lain. ya! seperti juga golongan pertama tadi, mereka ini berbangga dengan setiap pencapaian malaysia. namun pencapaian ini hanyalah pencapaian luaran sahaja. ibarat sebiji buah durian yang nampak besar, hebat, kuat dan tajam durinya, hijau kekuningan
warnanya, tapi telah busuk pada beberapa ulas buah dan pangsanya. maksudnya di sini kalau kita berada di tempat-tempat yang hebat seperti di hadapan menara berkembar petronas, KLIA, putrajaya dan lain-lain lagi, tentulah kita akan berasa malaysia ini satu tempat yang hebat, bumi bertuah dan lain-lain lagi jolokan indah. akan tetapi kalau kita lihat penduduk-penduduk setinggan di beberapa kawasan di pinggir kota, penduduk di rumah-rumah pangsa dan juga bagi sesetengah mereka yang hidup dalam kedhaifan, kita mungkin akan merasa tak sepatutnya dalam negara yang maju begini, masih ada jugak rakyatnya yang hidup susah begini. Malahan di ceruk-ceruk lorog di kota-kota besar pun kita boleh melihat sendiri segelintir golongan rakyat yang menghuni negara bertuah ini hidup dalam serba kekurangan. Mereka tidak ada rumah. Lantas hidup merempat di kaki-kaki lima, celah-celah lorong hatta di bawah jambatan. Kebanyakan daripada mereka ini adalah penagih dadah, orang-orang tua yang disingkir oleh anak-anak, mereka yang kurang upaya dan juga yang kurang sioman. Justeru, ada yang beranggapan keadaan ini menjadi kontras bagi sebuah negara yang bakal maju. Itu keadaan di bandar besar. Bagaimana pula keadaannya di pinggir bandar yang mana dihuni oleh segolongan mereka yang terhimpit. Akibat daripada kewangan yang terhad, mereka ini tinggal di rumah-rumah pangsa yang biasanya sempit dan kotor. Kekotoran yang berlaku bukan bermakna mereka ini pengotor, tetapi ‘terpaksa’ untuk kotor kerana ruang yang terhad. Ada juga di kalangan mereka yang tinggal di rumah-rumah setinggan yang mana keadaan dan suasananya adalah sama dengan penghuni rumah pangsa tadi. Malah tinggal di rumah setinggan lebih bahaya kerana jikalau terjadinya kebakaran atau pun ribut, kebarangkalian untuk berlaku kemusnahan besar adalah tinggi. Justeru akibat daripada kesempitan ini, kita semua dapat bayangkan bagaimana ruang dan peluang kepada para penghuninya untuk berfikir dengan lebih tenang dan rasional. Sudah pasti mereka mempunyai ruang dan peluang berfikir yang terhad. Jadi bagaimana mereka mampu untuk mendidik anak-anak mereka dengan baik memandangkan suasana yang diwujudkan adalah terhimpit dan panas. Bayangkanlah! Jadi inilah nasib anak-anak bangsa kita yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan datang. Gejala-gejala yang tidak sihat sebahagiannya berpunca daripada keadaan sebeginilah. Itu baru sahaja keadaan di kta. Bagaimanapula di kawasan-kawasan luar kota dan kawasan lain yang terpencil. Saudara-saudara semua boleh bayangkan kan

jadi keadaan inilah yang diwaspadai oleh golongan yang kedua ini. Bukan sahaja dari segi keadaan masyarakat biasa tetapi dari segi aspek-aspek lain seperti peminggiran bahasa melayu, sekatan ke atas mahasiswa, rasuah oleh sesetengah pihak, hal-hal keselamatan dan lain-lain. Inilah yang diwaspadai sebenarnya. Jikalau tidak ditangani dengan baik, maka negara yang telah dibina selama 50 tahun ini akan musnah lambat laun juga.

KECEWA- ini adalah golongan yang menganggap bahawa kemajuan yang biasa ditunjukkan oleh negara adalah biasa. Jikalau Kuala Lumpur dibanggakan dengan monorailnya, LRTnya, ERLnya, menara-menara tingginya, di ibu kota-ibu kota negara membangun lain juga mempunyai keadaan sedemikian. Jika kita berbangga dengan menara berkembar KLCC, lapangan terbang KLIA dan monumen besar lainnya, tapi yang membinanya sama ada arkitek, pakar-pakar runding malahan kontraktor sekalipun ialah orang luar. Jadi entiti besar ini bukanlah satu kebanggaan mutlak kerana yang membinanya ialah tangan-tangan luar.jikalau kita berbangga negara ini mempunyai jaringan jalan raya yang baik, jiran kita Singapura memiliki jalan raya yang lebih baik lagi begitu juga deri segi tahap ekonomi. Inilah yang ditanggap oleh golongan ini. Apa yang dikecewakan oleh golongan demikian ialah masalah orang Melayu yang dikatakan gagal mengecapi kedudukan ekonomi dan taraf hidup yang baik setaraf dengan bangsa-bangsa lain. Golongan ini terdiri daripada pembangkang dan juga pemikir-pemikir.

Jadi setelah diteliti inilah jawapan-jawapan yang boleh diperolehi apabila soalan di atas tadi di tanya. Justeru telitilah, sama ada jawapan-jawapan tersebut bernas atau pun tidak. Dan buatlah sendiri pertimbangannya. Adakah kita benar-benar merdeka? Anda sendiri yang tahu jawapannya. Pilihlah salah satu kategori yaang dinyatakan.

Yazie Ramli Al-Hasyemi

No comments:

Post a Comment